Polisi Privasi

SILA TELITI MAKLUMAT POLISI SECARA TERPERINCI

Pengenalan dan Aplikasi

Polisi ini (“Polisi Privasi”) menghuraikan bagaimana Damian S. L. Yeo & L. C. Goh (digunakan secara alternatif “DSLY” atau “kami”) mengumpul, menggunakan dan mengurus Data Peribadi anda yang diperolehi melalui penggunaan perkhidmatan, komunikasi e-mel, hubungan perniagaan umum anda dan laman web DSLY.

“Data Peribadi” dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 [“APDP”] dilklasifikasi sebagai sebarang informasi atau maklumat yang diperolehi melalui sebarang transaksi komersial bagi pengenalan seseorang individu yang diperolehi samada secara lansung atau tidak langsung dari mana-mana sumber atau medium dan berada dalam posesi, milikan atau kawalan sesuatu pihak termasuk data sensitif yang memberi pandangan, pendapat atau expresi berkenaan seseorang individu.

Dengan penggunaan laman web dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh DSLY di sini, anda mengakui telah membaca dan memahami kandungan Polisi Privasi ini dan setuju untuk terikat dengan Polisi Privasi ini bagi informasi yang diambil-simpan berkenaan anda. Sekiranya, anda tidak setuju atau tidak menerima syarat Polisi Privasi ini, sila elak penggunaan laman web dan tidak mengguna apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh DSLY di sini.

DSLY dari masa ke semasa atau secara berkala akan mengemaskini Polisi Privasi ini. DSLY akan memaklumkan sebarang perubahan yang dibuat dan jika perubahan yang dibuat itu adalah ketara, DSLY akan memaparkan notis terserlah (prominent notice) dengan menghantar e-mel atau melalui pemberitahuan dalam laman web. Walaupun DSLY dari masa ke semasa akan memaklumkan sebarang perubahan ketara sebelum tempoh penguatkuasaan, anda dinasihatkan untuk membaca dan mengkaji Polisi Privasi ini dari secara berkala kerana penerusan penggunaan laman web atau perkhidmatan DSLY mengesahkan bahawa anda memahami Polisi Privasi ini bersama apa-apa perubahan kemudiannya tanpa rizab (without reservation).

Undang-undang Malaysia adalah terpakai bagi maksud Polisi Privasi ini. Tanpa prejudis kepada hak anda untuk menyandar kepada undang-undang lain, sebarang pertikaian wujud melalui Polisi Privasi ini termasuk apa-apa persoalan berkaitan keesahan, kewujudan, pembatalan atau sebagainya hendaklah dirujuk ke Mahkamah Malaysia dan kedua-dua pihak terbabit dengan ini tanpa sebarang batasan dan had menyerah kepada bidangkuasa Mahkamah Malaysia.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan berkenaan Polisi Privasi ini atau berkenaan penggunaan informasi yang diamil-simpan oleh DSLY, sila hubungi DSLY di sini.

1. Informasi yang diambil-simpan

Anda bebas meneroka laman web ini tanpa memberikan Data Peribadi anda. DSLY hanya mengambil-simpan Data Peribadi apabila anda memberikannya dengan sukarela. Sebagai contoh, anda mungkin menyerahkan Data Peribadi anda kepada DSLY apabila:

  • Memfail Borang melalui laman web DSLY
  • Memfail Borang melalui laman web DSLY
  • Memberi maklum-balas kepada DSLY melalui telefon, e-mel atau selainnya- Menghantar pertanyaan

Informasi yang dibekalkan oleh anda mungkin termasuk nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nama syarikat, alamat email, nombor telefon, dan alamat.

HARAP MAKLUM bahawa komunikasi atau maklumat yang anda hantar kepada DSLY tidak akan mewujudkan hubungan pengumcara-pelanggan antara anda dan kami. Dengan itu, jangan menghantar maklumat yang anda atau orang lain anggap sebagai rahsia melainkan DSLY telah terlebih dahulu bersetuju untuk menjadi peguamcara anda dalam hal tersebut. Maklumat yang dihantar sebelum kami bersetuju menjadi peguamcara anda tidak dapat dilindungi dari pendedahan.

2. Bagaimana informasi yang diambil-simpan digunakan

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan undang-undang kepada anda, untuk berhubungan dengan anda dalam perjalanan perniagaan kami samada sebagai pelanggan atau sebagai hubungan perniagaan, untuk memberi anda kemas kini dan berita mengenai perkembangan undang-undang baru, untuk memberitahu anda mengenai acara dan untuk menyediakan bahan acara yang relevan, untuk maklumat dan/atau penyertaan anda dalam acara kami, untuk mendapatkan maklum balas, atau sebaliknya untuk menjawab permintaan anda atau memberikan anda maklumat yang kami anggap mungkin menarik minat anda (dirujuk secara kolektif sebagai Tujuan).

3. Bagaimana informasi yang diambil-simpan dikongsi

Penyedia-penyedia Perkhidmatan (Service Providers)

Kami menggaji syarikat dan individu lain yang dipilih bagi memberi perkhidmatan DSLY kepada anda, pelawat laman web dan pelanggan koperat DSLY, dan kami mungkin perlu berkongsi informasi anda dengan mereka bagi Tujuan tertentu (setakat yang perlu) bagi sokongan fungsi atau perkhidmatan yang diberikan kepada anda yang mana informasi tersebut akan dirahsiakan oleh mereka.

Pendedahan melalui undang-undang

Kami merezabkan hak penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda mengikut kehendak undang-undang atau secara munasabah dipercayai bahawa penggunaan atau pendedahan tersebut adalah perlu bagi melindungi hak DSLY, keselamatan DSLY atau keselamat orang lain, menyiasat frod, atau pematuhan undang-undang, mengikut perintah Mahkamah atau proses undang-undang.

4. Cookies dan Teknologi persamaan

Kami menggunakan cookies dan teknologi persamaan untuk menganalisa trend, mengurus laman web, mengesan penggunaan pengguna sekitar laman web, dan untuk mengumpul informasi demografik bagi penggunaannya secara keseluruhan.

Apabila anda mengunjung laman web DSLY atau mengguna perhidmatan kami, DSLY akan store cookies pada komputer anda. Cookies adalah suatu infomasi ringkas yang dipindahkan oleh server DSLY kepada perisian hard drive komputer anda yang membenarkan server DSLY mengenalpasti dan ber-interak dengan lebih berfungsi dengan komputer anda. Cookies tidak mengenal-pasti individu pengguna, tetapi ia mengenal-pasti jenis browser yang digunakan oleh anda.

Penggunaan cookies kini adalah standard dalam industri dan anda akan menemui penggunaannya dalam laman-laman web utama. Kebanyakkan cookies pada permulaan diset untuk menerimanya. Jika anda suka, anda boleh reset browser samada untuk mengetahui penerimaan cookies, atau untuk menolak penerimaan cookies. Kami mencadangkan bahawa anda merujuk kepada sumber pengurusan browser atau skrin bantuan untuk mengetahui lebih berkenaan fungsi-fungsi itu. Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda konfigur browser anda untuk tidak menerima cookies, suatu tahap fungsi penggunaan laman web DSLY mungkin akan hilang.

5. Bagaimana informasi anda dilindungi

Kami telah melaksanakan pelbagai protokal sekuriti, peraturan dan langkah-langkah teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda dari hilang, disalah-guna, dimodifikasi, diakses tanpa kebenaran atau bagi pendedahan, perubahan atau kemusnahannya.

Di mana anda telah memberi (atau anda telah memilih) suatu kata laluan yang membolehkan akses sesuatu bahagian laman web DSLY, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan penyimpanan kata-laluan tersebut secara sulit/rahsia. Kami menyaran bahawa anda tidak berkongs kata-laluan itu dengan sesiapa yang lain.

Oleh kerana komunikasi internet dan email bukanlah suatu medium selamat, kami tidak boleh menerima sebarang tanggungjawab untuk sebarang penggunaan tanpa kebenaran atau kehilangan Data Peribadi anda, kecuali seperti yang dinyatakan di sini. Walaupun DSLY tidak dapat menjamin apa-apa kehilangan, penggunaan salah atau perubahan data tidak akan berlaku, DSLY akan secara munasabah mengambil langkah-langkah penjagaan bagi menghalang kejadian yang tidak diingini. Data peribadi anda akan diambil-simpan/kumpul bersama salinan (backed up) dengan selamat di lokasi terkawal dan terhad.

6. Pautan pihak ketiga

Laman web kami mengandungi pautan (links) pihak ketiga. DSLY akan sentiasa cuba memaklumkan kepada anda untuk sentiasa berjaga-jaga apabila keluar dari laman web DSLY untuk ke pautan-pautan itu. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kontent dan praktik persendirian yang diguna-pakai oleh laman-laman web tersebut yang melalui laman web DSLY. Kami mencadangkan bahawa anda membaca setiap polisi laman yang dikunjungi dan menghubungi pemiliknya atau operatornya jika mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan.

7. Cara mengakses dan mengawal Data Peribadi anda

Megikut APDP, anda mempunyai hak untuk mengakses, untuk membetulkan dan/atau untuk mengemaskini Data Peribadi anda melainkan ianya secara khusus tidak dibenarkan melalui undang-undang terpakai.

Anda bertanggungjawab untuk memberi maklumat tepat dan penuh berkenaan Data Peribadi anda. Sekiranya, sebarang Data Peribadi anda telah berubah atau tidak lengkap atau bukan terkini, atau anda ingin mengkaji semula atau menukar perinciannya yang dibekalkan oleh anda kepada DSLY, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa dengan menghubungi DSLY melalui cara yang disebut selepas ini.

8. Cara menghubungi kami

Sekiranya anda perlu menghubungi DSLY untuk apa-apa pertanyaan, aduan, cadangan bagi menghad pemprosesan Data Peribadi anda atau untuk mendapatkan akses, membuat pembetulan dan/atau mengemaskini Data Peribadi anda, sila hubungi kami seperti berikut:

Alamat
Tetuan Damian S.L. Yeo & L. C. Goh
No. 2006, Lorong Sidang Omar, Off Jalan Penghulu Abbas, Bukit Baru,
75150 Hang Tuah Jaya, Melaka.

No. Telefon : +606-2347 011

No.Fax : +606-2347 022

Alamat E-mel : clients@dsly-law.com

9. Konflik Bahasa

Versi Bahasa Inggeris Polisi Privasi ini akan mengambil presiden atas versi Bahasa Melayu sekiranya berlaku apa-apa konflik antara kedua-dua versi tersebut.

Dikemaskini: 9 September 2020

Open chat
Hi! Can we help you?