Section 15 Franchise Act 1998 – overlook?

Written by dsly-law.com

November 29, 2021

Three hours of franchise discussion organised by the Malaysian Franchise Association (MFA) covering legal aspects and franchise development. I have more or less covered the development of the disclosure documents, drafting of the franchise agreement, and all legal documents pursuant to section 7 and 11 Franchise Act 1998 (as amended).

I have been into franchising for more than 15 years and until today, I still see many mistakes made by Franchisors, big or small. One particular section overlook by many Franchisors are the need to familiar with section 15 ie to deliver all documents including the draft franchise agreement to the yet to be franchisees for the purposes of the yet to be franchisees’ due diligence on the franchise.

Section 15 provided that the franchisor shall submit to a franchisee a copy of the franchise agreement and all documents at least ten days before the franchisee signs the agreement with the franchisor. Failure to do that by the Franchisor creates an offense.

It is a simple provision in the Franchise Act but yet franchisors overlook this particular section. Many franchisors and franchisees rushed into the franchise business before a due diligence conducted.

#dslyfranchise

—–

Sehingga tiga jam dalam seminar yang diuruskan oleh MFA semalam perbincangan francais meliputi aspek perundangan dan pembangunan francais. Saya telah memperkenalkan dan merungkai beberapa dokumen yang penting untuk membangunkan sebuah francais iaitu dokumen penzahiran, perjanjian francais dan semua dokumen undang-undang menurut seksyen 7 dan 11 Akta Francais 1998 (seperti yang dipinda).

Saya telah menceburi bidang francais selama lebih 15 tahun dan sehingga hari ini, saya masih melihat banyak kesilapan yang dilakukan oleh Francaisor, tidak kira francais tersebut besar atau kecil. Salah satu yang selalunya diabai oleh kebanyakan Francaisor adalah keperluan untuk membiasakan diri dengan seksyen 15 iaitu untuk menyerahkan semua dokumen termasuk draf perjanjian francais kepada bakal francaisi untuk tujuan usaha wajar due diligence) pemegang francais ke atas francais.

Seksyen 15 memperuntukkan bahawa pemberi francais hendaklah menyerahkan kepada pemegang francais satu salinan perjanjian francais dan semua dokumen sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum pemegang francais menandatangani perjanjian dengan pemberi francais. Kegagalan untuk berbuat demikian oleh Francaisor mewujudkan satu kesalahan di bawah Akta Francais. Sila ambil perhatian.

Ia adalah peruntukan yang mudah dalam Akta tersebut tetapi pemberi francais selalunya terlepas pandang seksyen ini. Ramai francaisor dan francaisi bergegas ke dalam perniagaan francais sebelum usaha wajar dilakukan.





#dslyfranchise

You May Also Like…

0 Comments